Lalat. Umum mengetahui bahawa ianya serangga pembawa pelbagai
penyakit. Dan kita disuruh sentiasa berwaspada dengan lalat demi menjaga
kebersihan persekitaran kita. Namun, tahukah anda bahawa analogi
penyakit dan lalat ini sudah diketahui sejak zaman Rasulullah saw lagi
sehingga ada hadith yang menyebut perihal bahaya lalat ini.
Hadith :
Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Apabila
lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka
rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu
sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat.” Riwayat al-Bukhari
Huraian :
Islam
menghendaki kita supaya menjaga kebersihan bukan sahaja pada pakaian
dan tempat tinggal malah pada makanan dan juga minuman. Rasulullah SAW
amat menitikberatkan hal ini sehinggakan apabila seekor lalat pun yang
memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap
penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.
Penemuan Saintis Barat Tentang Bahaya Lalat
Apa
yang disebutkan di dalam hadis di atas telah pun dibuat kajian oleh
para saintis pada zaman kemudiannya. Contohnya pada tahun 1871, Prof.
Brefild, Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall menemui mikroorganisma
jenis Fitriat yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali.
Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski
ini berkumpul di dalam sel-sel sehingga membentuk kekuatan yang besar.
Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma yang dapat
membunuh kuman-kuman penyakit. Sel-sel tersebut terdapat di sekitar
bahagian ke tiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke
bawah.
Kemudian pada tahun 1947, Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini. Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin.
Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris), Rose, Etlengger
(German) dan Blatner (Switzerland) melakukan penyelidikan dan membuat
kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus
membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya
terdapat pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.
Justeru
mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari
tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat
menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak
kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.
Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah adalah
benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat
terlebih dahulu ke dalam air bagi mengeluarkan mikroorganisma penolak
kuman dari badan lalat tersebut, dalam erti kata bahawa badannya harus
dibasahkan sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan
lalat tadi dapat diminum dengan selamat. Subhanallah, hebatnya Maha
Pencipta lalat! Rahsia itu diilhamkan kepada utusanNya iaitu junjungan
kita, Nabi Muhammad SAW. Wallahu ‘alam.
Kredit: blog panduanpercuma.info
No comments:
Post a Comment